The Sims 2

The Sims 2, The Sims 2 University, The Sims 2 Nightlife, The Sims 2 Open For Business, The Sims 2 Pets, The Sims 2 Seasons, The Sims 2 Bon Voyage dan The Sims 2 FreeTime.

Semua ni, aku download dalam masa 1 minggu. Sebenarnya bukan aku yang nak main Sims ni, cuma kak ipa yang mau main. Jadi, aku download lah. The Sims 2 University ni, seperti belajar di kolej. Dorm dia  besar dan bukan dalam kolej tetapi di dalam sebuah rumah. Nightlife ni pula, dapat barang baru seperti kereta dan garaj. Ada downtown lagi untuk makan dinner. The Sims Open For Business ni pula, boleh buka business. Tak kira buka business di rumah ataupun di syarikat. Boleh hire orang untuk tolong jalankan business kita. Jawatannya adalah cashier, item making, restock dan sales. Tips, jngn hire orang yang tdak pernah dpt badge sebab nanti rosak business. Selain buka business, boleh shopping di luar. The Sims Pets pula boleh buat pets seperti anjing dan kucing. Boleh adjust2 lagi la pets tu mcm tukar bentuk muka, jenis anjing atau kucing dan boleh make-up. Pets ni best, sebab boleh kasih job. Kenalah train dia dulu sebelum memulakan kerjanya. The Sims seasons pula, ni pasal weather2 la. Ada musim salji, panas, bunga dan musim luruh. Musim sejuk ni, mmg sejuk la sebab salji memang nampak tebal. Jangan pergi luar pada waktu malam tanpa memakai baju sejuk. Kalau tidak beku dan jangan terlalu lama di luar pada waktu malam. Tak kira pakai baju sejuk atau tidak nanti beku. The Sims Bon Voyage ni kita boleh keluar vacation. Boleh booking room di hotel melalui telepon rumah. 3 hari 2 malam ka, paling maximum 7 hari 6 malam. Sepanjang vacation tu, kita boleh mencari treasure yang akan diberi. Tu lah yng besti, kena cari benda. The Sims FreeTime ni pula boleh buat garden, tanam sayur-sayuran atau buah – buahan. Tak bnyk la boleh cerita pasal FreeTime ni sebab blum abis main lagi.

~ by zend99 on June 6, 2008.

One Response to “The Sims 2”

  1. heeee..main smua episod..

    last2 boring jugak..haha

Leave a Reply